Papan hitam ialah sejenis permukaan untuk menulis dan
melukis menggunakan kapur (sejenis bahan yang diperbuat
daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan
berulang-ulang kali. Pada zaman dahulu, papan hitam pada asalnya hanyalah
diperbuat daripada batu loh atau papan batu yang licin
dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya
berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga
papan hijau.
Papan hitam biasanya digunakan dalam proses
pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan, walaupun dalam
kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada
papan hitam amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam khas.
Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah
agak sukar untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan hitam selalunya
menasihatkan supaya papan hitam yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang
kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan semula agar dapat digunakan seperti
biasa.
Namun, papan hitam mempunyai sedikit kelemahan; ia
menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis
yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya.
Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan
masalah pernafasan. Habuk ini juga boleh menimbulkan
masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer.
Cakaran kuku pada papan hitam
termasuk cakaran menggunakan objek keras seperti logam diketahui umum akan
menghasilkan bunyi yang
tidak digemari (mengilukan). Ramai juga yang enggan bukan
sahaja melihat bahkan membayangkan bunyi ini.
Papan hitam juga selalu digunakan di berbagai-bagai
tempat (seperti kedai arak),restoran sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk
merekod mata dalam acara-acarasukan di peringkat bawahan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar